Archive for May, 2008

Video: “Here in My Home”

Posted by Syah

May 26, 2008 at 3:53 pm 2 comments

Forum Belia Y2Y – Terima Kasih!

Forum Belia Y2Y – “Selepas Pilihanraya Umum ke-12: Harapan Kita Untuk Masa Depan” telah diadakan pada hari Sabtu, 24 Mei 2008. Saya ingin mengutarakan ucapan setinggi-tinggi terima kasih kepada semua peserta yang hadir pada hari itu. Banyak pendapat dan pandangan yang diberikan dan saya percaya bahawa perbincangan yang telah diadakan adalah amat dinamik dan menarik.

Namun begitu, saya juga mengakui bahawa terdapat beberapa kelemahan terutama sekali dari aspek penyertaan dan pengurusan masa. Insya Allah kelemahan-kelemahan ini akan diperbaiki di masa hadapan.

Buat waktu ini, kami bercadang untuk mengadakan forum berikutnya pada 21 Jun 2008. Topik yang akan dibincangkan pula adalah berkenaan dengan pendidikan di negara kita. Di samping itu, tempat forum juga mungkin akan berubah. Notis rasmi akan dikeluarkan tidak lama lagi.

Syahredzan Johan
Pengarah Projek merangkap Timbalan Pengerusi

May 25, 2008 at 4:08 am Leave a comment

Forum Y2Y – Selepas PRU ke-12

FORUM Y2Y
“Selepas Pilihanraya Umum ke-12: Harapan Kita Untuk Masa Hadapan”

Tarikh: 24 Mei 2008 (Sabtu)

Masa: 2.30 petang hingga 4.30 petang

Tempat: Transport Workers Union, Petaling Jaya (di atas Victoria Station)

Pada 8 Mac 2008, rakyat Malaysia telah mengundi. Setelah undian dikira, kita dapati bahawa parti pemerintah tidak mendapat majoriti dua pertiga seperti biasa. Parti pembangkang juga telah berjaya membentuk kerajaan campuran di lima buah negeri.

Setelah lebih dari dua bulan pilihanraya berlalu, tibalah masanya kita memandang ke hadapan. Apakah harapah kita untuk masa hadapan dengan anjakan paradigma yang telah mengatur semula lanskap politik negara kita?

Topik ini cuba menyelami perasaan para peserta tentang tsunami politik yang berlaku. Mengapa dan bagaimana ia berlaku dan dengan perubahan yang telah berlaku, apakah yang diharapkan oleh para peserta untuk masa hadapan Malaysia?

Topik ini akan dikupas dari pelbagai sudut; sosial, ekonomi, agama, perpaduan dan bukan hanya dari sudut politik.

Forum akan dijalankan selama 2 jam dan akan dikendalikan oleh seorang facilitator. Ianya dijalankan dalam bentuk perbincangan tidak formal di antara para peserta. Peserta akan memberikan pendapat dan pandangan mereka dalam mengupas isu yang dibangkitkan. Forum akan dijalankan di dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.

Pada 30 minit terakhir, sesi rumusan akan diadakan terhadap apa yang telah dikeutarakan. Segala cadangan, pandangan dan penyelesaian yang dicapai di dalam forum akan dihantar kepada pihak-pihak yang berkenaan. Satu salinan juga akan dihantar ke laman sesawang YAB Perdana Menteri.

Forum ini dibuka kepada semua rakyat Malaysia, khususnya para belia tidak kira bangsa, agama mahupun umur. Jamuan ringan akan disediakan.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:

Syahredzan Johan
Tel : 013-3324301
E-mel : syahredzan@yahoo.com

May 17, 2008 at 7:41 am Leave a comment

Selamat Datang!

Selamat datang ke laman sesawang/blog Gerakan Belia 4B Petaling Jaya Utara Damansara Kim.

Laman sesawang/blog ini akan digunakan untuk menyampaikan berita tentang aktiviti-aktiviti kami kepada semua. Kami juga ingin menjadikan laman sesawang/blog ini sebagai satu forum diskusi tentang isu-isu terkini.

Kami amat mengalu-alukan maklumbalas dan komentar dari anda semua.

May 6, 2008 at 3:11 pm 2 comments


 

May 2008
M T W T F S S
    Jun »
 1234
567891011
12131415161718
19202122232425
262728293031  

Recent Posts

Top Posts

  • None

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.