Archive for June 12, 2008
Forum Belia Y2Y – Reformasi pendidikan: Satu keperluan?
Forum Belia Y2Y
“Reformasi pendidikan: Satu keperluan?”
Tarikh: 21 Jun 2008
Masa: 2.00 petang hingga 4.30 petang
Tempat: Dibta Malaysia, Suite C-10-3, 10th Floor, Wisma Goshen, Plaza Pantai,
(stesen LRT Kerinchi)
Forum akan dijalankan selama 2 jam dan akan dikendalikan oleh seorang facilitator. Ianya dijalankan dalam bentuk perbincangan tidak formal di antara para peserta. Peserta akan memberikan pendapat dan pandangan mereka dalam mengupas isu yang dibangkitkan. Forum akan dijalankan di dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.
Pada 30 minit terakhir, sesi rumusan akan diadakan terhadap apa yang telah dikeutarakan. Segala cadangan, pandangan dan penyelesaian yang dicapai di dalam forum akan dihantar kepada pihak-pihak yang berkenaan. Satu salinan juga akan dihantar ke laman sesawang YAB Perdana Menteri.
Forum ini dibuka kepada semua rakyat Malaysia, khususnya para belia tidak kira bangsa, agama mahupun umur.
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:
Syahredzan Johan
Tel : 013-3324301
E-mel : syahredzan@yahoo.com
Recent Comments